YOUR EYES

       "Apa yang Kak Isha buat ni?Tak perlu buat semua ni untuk Lisya!Tak perlu korbankan diri akak!"Qalisya menghempas semua barang dalam bilik itu ke lantai.Marah?Ya.Dia memang marah.Dia tidak meminta simpati daripada sesiapa.Dia reda kalau ini yang telah tertulis,dia terima.Tak pernah terdetik pon dalam hati dia untuk akak sendiri berkorban untuknya.
       Tapi apa yang diberitahu oleh umi,abi dan kakaknya amat menyakitkan hati.Qalisya merasa ada tangan yang cuba memeluknya tapi segera ditepis.Qalisya tahu itu tangan milik kakaknya.
       "Jangan dekat dengan Lisya!Lisya adik tak guna!Selalu menyusahkan orang!Lisya tak minta orang bersimpati dengan Lisya tau tak!Lisya tak pernah mintak!!!!"ruangan bilik yang kecil itu bergema dengan jeritan Qalisya.Lantai bilik hospital yang tidak berapa besar sudah dipenuhi dengan pelbagai barang yang dibaling Qalisya.
       "Lisya,tak mau macam ni dik.Akak buat semua ni sebab akak sayang Lisya.Akak sayang adik akak.Akak tak sanggup tengok Lisya terus macam ni.Dah dua tahun dik.Akak yang rasa sakitnya."kakaknya cuba memujuk.Air mata tidak pernah berhenti mengalir sejak dua tahun lepas.Dia memeluk adiknya.
       "Tapi bukan dengan mengorbankan diri akak.Kita boleh cari orang laim,kak.Kalau akak bagi,macam mana dengan kehidupan akak?Macam mana dengan kerja akak?Dan macam mana dengan kekasih akak?Akak ada fikir tak semua tu?Ada tak,kak?Jangan sebab Lisya akak abaikan kebahagiaan akak.Lisya tak nak jadi asbabnya,kak.Tolonglah faham."separuh merayu Qalisya memujuk kakaknya.Tapi jawapan yang akaknya beri sangat mengecewakan.
       "Tak payah fikirkan akak,Lisya.Akak ikhlas.Sekarang ni Lisya cuma perlu setuju sahaja.Ya dik?"
      Kalau sudah itu yang umi,abi dan kakaknya mahu,apalagi yang mahu dia elakkan.Dia terima dengan hati yang terpaksa.
       Akak tak patut berikan kebahagiaan akak kepada Lisya.Akak tak patut!

Ulasan